Thursday, April 23, 2009

Nilai Sebuah Persahabatan..

Persahabatan... persahabatan yang dibina dihiasi dengan warna-warni keceriaan, kesetiaan, saling memahami dan menyayangi.. Namun, berapa harga yang perlu dibayar untuk memiliki persahabatan yang sempurna??

Dia datang pabila dia perlukan kawan setelah ditinggalkan keseorangan... Dia datang pabila dia kesedihan....Dia datang pabila memerlukan bantuan berbentuk pertolongan, kewangan serta perkhidmatan.. Dia datang pabila tiada siapa yang mampu mendengar masalahnya...Dia hanya datang pabila dia boleh mempergunakan kita.......

Dia pergi pabila kawan-kawannya dtg... Dia pergi pabila dia dah gembira dan bahagia... Dia pergi pabila mendapat semua yang diperlukan dari kita... Dia pergi pabila tidak mampu menerima nasihat dari kita...

Aku bahagia pabila melihat dia bahagia.. Aku bahagia pabila melihat dia tersenyum manja.. Aku bahagia pabila melihat dia bersama teman-temannya.. Aku bahagia pabila dia mendapat apa yang dihajatinya.. Aku bahagia walaupun melihat dia dari jauh sedang ketawa bersama teman-temannya...

Suatu hari aku mendengar ada junior kami yang mengkritik mereka- kawan-kawanku... Pedih, sedih, terluka mendengar teman yang selama ini berkongsi tempat denganku di kritik.. salahkah aku bertindak mengikut emosi setelah mendengar kritikan mengenai mereka?? salahkah aku pabila aku cuba untuk memberitahu mereka tanpa melukakan hati mereka, tanpa mereka tahu hakikat yg mereka menjelikkan org lain???

Nilai sebuah persahabatan itu terlalu mahal untuk aku bayar.. Maafkan aku duhai kawan -- kerana aku juga manusia biasa maka aku tidak mampu untuk berdiam diri pabila mendengar dirimu dikritik... Salahkan aku jika dirimu terluka..

Kawan : Datang Dan Pergi...

Aku bahagia disamping kawan2, rakan2, sahabat2 serta teman2... kehadiran kalian amat bermakna buat diriku, Pacar Yang Hina...

"(nama panggilanku) mesti ramai kwn ketika senang," lebih kurang itu yg diajukan kpdku hari ini.. berfikir sejenak.. bagaimana harus aku luahkan..??

Ya.. itu yang berlaku.. ketawa beramai2, bergembira bersama2--tika nangis, sendirian..namun apa yg mampu aku buat jika org yg berada disamping aku hanya ingin mengambil kesempatan ketika mereka dlm kesusahan?? salahkah mereka menggunakan peluang yg ada bg melepaskan diri sendiri??

"cam ner jika mereka dtg lg dgn kesulitan setelah bergelak ketawa dgn org lain tanpa kehadiran kita?" aku tidak tahu bagaimana reaksi aku ketika itu..mungkin aku senyum, mungkin aku sedih mengingati setiap satu wajah2 "KITA KWN KETIKA AKU SUSAH"..

sebagaimana aku memberitahu diri sendiri setiap kali "KITA KWN KETIKA AKU SUSAH" mendatangi aku, maka aku mahu sahabat aku ini faham situasi yg dialami oleh kwn kpd "KITA KWN KETIKA AKU SUSAH"..

sbg seorang sahabat dan teman, aku akan cuba sedaya upaya menolong "KITA KWN KETIKA AKU SUSAH" kerana aku percaya suatu masa ketika aku dlm kesusahan dan mereka XKAN membantu aku, disuatu sudut dunia ini akan ada insan lain yg akan membantu aku mengatasi MASA SUKAR itu..

perasaan LEGA pabila mampu membantu "KITA KWN KETIKA AKU SUSAH" akan menjd ANTIBIOTIK bg membunuh virus SAKIT ATI yg timbul akibat dr perbuatannya sebelum ini..

maka sahabat2ku, aku memetik kata senior yg saya hormati, SAUDARI TAVAD;

"ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir angin agar angin kemaafaan akan dtg menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut.. dan apabila sahabat kita melakukan kebajikan sekecil apepun, kita harus memahatkan di atas batu hati agar ttp terus dikenang, x hilang ditiup waktu.."

maka kehadiran mereka mewarnai hidup aku sudah mampu menjadikannya antibiotik yg baik bg memaafkan semua perbuatan mereka selama ini...

aku cuba untuk tidak meluahkan segala kesusahan kpd kwn2 krn aku tidak mahu mereka tahu aku JUGA mengalami kesusahan sepertimana mereka---aku juga MENANGIS tatkala tidak mampu menanggung rasa sedih kerana aku cuma manusia biasa...

aku tidak mahu dilihat lemah kerana "KITA KWN KETIKA AKU SUSAH" akan dtg mengadu pd aku.. jika aku dilihat lemah, maka bagaimana aku mampu untuk menolong mereka??

selagi kita mampu utk senyum, maka senyumlah sahabat2ku krn wang ringgit tidak mampu menandingi aura positif dari senyuman yg kita berikan kpd insan disekeliling kita...

Buat "KITA TTP KWN KETIKA KAU SUSAH ATAU SENANG", terima kasih krn masih setia berada disisi.. terima kasih HUDA, HIDAYAH, SHAZWANI---persahabatan selama 11 tahun ini amat aku hargai..

Wednesday, April 22, 2009

Terima Kasih Cinta...

"tika aku berjanji tidak membenarkan hati dilukai, mengapa kau hadir menabur janji...???berjanji kau akan berada disisi setia menemani...kini kau telah pergi meninggalkan aku sendiri..."

jika cinta itu menyakitkan, mengapa ia perlu hadir dalam hidup ini?? aku derita kerana cinta, aku kecewa kerana cinta, aku merana juga kerana cinta... sesungguhnya cinta itu buta kerna itu aku sengsara...

buat cinta yang telah hilang, aku rindu kepada mu... buat kasih yang akan datang, aku menunggu engkau pulang...

dalam kesepian yg mengisi setiap pelusuk hati, aku bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki dan dikecapi oleh teman2..

"terima kasih wahai teman2, engkau membahagiakan aku dengan membahagiakan diri sendiri..."