Thursday, April 23, 2009

Nilai Sebuah Persahabatan..

Persahabatan... persahabatan yang dibina dihiasi dengan warna-warni keceriaan, kesetiaan, saling memahami dan menyayangi.. Namun, berapa harga yang perlu dibayar untuk memiliki persahabatan yang sempurna??

Dia datang pabila dia perlukan kawan setelah ditinggalkan keseorangan... Dia datang pabila dia kesedihan....Dia datang pabila memerlukan bantuan berbentuk pertolongan, kewangan serta perkhidmatan.. Dia datang pabila tiada siapa yang mampu mendengar masalahnya...Dia hanya datang pabila dia boleh mempergunakan kita.......

Dia pergi pabila kawan-kawannya dtg... Dia pergi pabila dia dah gembira dan bahagia... Dia pergi pabila mendapat semua yang diperlukan dari kita... Dia pergi pabila tidak mampu menerima nasihat dari kita...

Aku bahagia pabila melihat dia bahagia.. Aku bahagia pabila melihat dia tersenyum manja.. Aku bahagia pabila melihat dia bersama teman-temannya.. Aku bahagia pabila dia mendapat apa yang dihajatinya.. Aku bahagia walaupun melihat dia dari jauh sedang ketawa bersama teman-temannya...

Suatu hari aku mendengar ada junior kami yang mengkritik mereka- kawan-kawanku... Pedih, sedih, terluka mendengar teman yang selama ini berkongsi tempat denganku di kritik.. salahkah aku bertindak mengikut emosi setelah mendengar kritikan mengenai mereka?? salahkah aku pabila aku cuba untuk memberitahu mereka tanpa melukakan hati mereka, tanpa mereka tahu hakikat yg mereka menjelikkan org lain???

Nilai sebuah persahabatan itu terlalu mahal untuk aku bayar.. Maafkan aku duhai kawan -- kerana aku juga manusia biasa maka aku tidak mampu untuk berdiam diri pabila mendengar dirimu dikritik... Salahkan aku jika dirimu terluka..

No comments:

Post a Comment